Khamis, 10 Ogos 2017

PUDING KASTAD KOKTAIL BERKUAH



Assalamualaikum...
hari ini ibu nk kongsi pulak resepi pencuci mulut kegemaran ibu... sangat sedap dan mudah disediakan...jom ibu tunjukkan resepinyer...

Bahan untuk puding
1 cwn tepung kastard
5 cwn air
1/2 cwn susu cair
1/2 cwn gula

Cara
Satukan tepung kastard bersama gula, susu cair dan air. Gaul semuanya.Masak di atas api sederhana sehingga agak pekat dan kacau sentiasa. Biasanya dlm anggaran 20 minit. Setelah agak pekat, matikan api dan tuang dlm bekas2 kecil atau loyang.Biarkan sejuk sebentar dan simpan dlm peti sejuk. Setelah beku barulah boleh di hidangkan 

Bahan untuk kuah
1 tin mix fruits ( Boleh ganti buah laici, peach dan nanas..)
1 tin susu cair
1 tin air biasa (air masak)
1 cwn gula( terpulang pd masing2 ya..)

Cara
Masak gula bersama air(sekadar gula hancur je..). Setelah itu biarkan sejuk.Setelah air gula sejuk, bolehlah tuang mix fruit dan susu.Ambil puding tadi dan masukkan kedlm mangkuk...tuangkan kuah yg bercampur mix fruit.Sedap di makan ketika sejuk. Boleh juga di letak ketulan ais.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

SELAWAT SHIFA

sumber-google اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَیٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ طِبِّ القُلُوبِ وَدَوَاءِهَا وَعَافِيَۃِ الاَبدَانِ وَشِفَاءِهَا...

Catatan popular