Assalamualaikum...
hari ni ibu nk kongsi cara nk masak kuih limas versi orang perak...sebenarnye tempat lain kuih ni dikenali sebagai kuih tepung pelita...tpi yang membezakan kuih tepung pelita dan kuih limas ialah kuih tepung pelita diperbuat dari tepung beras, manakala kuih limas dari tepung gandum...
Bahan
lapisan bawah
1 1/4 cawan tepung gandum
2 cawan santan cair
1 1/2 cawan jus pandan
3 sudu gula
lapisan atas
3/4 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan santan pekat
1/2 sudu teh garam
cara
sediakan acuan kuih terlebih dahulu...cara membuat bekas kuih limas ibu akan ajar nnti..
panaskan pengukus terlebih dahulu
masukkan satu sudu kecil gula ke dalam acuan.. panaskan sebentar dalam pengukus...
sediakan lapisan bawah. campur semua bahan dan tapis supaya tak berketul
masukkan adunan kedalam bekas daun pisang...masukkan separuh bekas sahaja...
kukus dalam 15 minit atau sampai masak..
sementara itu sediakan adunan untuk lapisan atas..
masukkan pula adunan kedua dan kukus sehingga masak..
selamat mencuba!