ibu nk share skit resepi puding kegemaran ayah... suami ibu suka mkn puding ni...tmbh2 bila di mkn sejuk2.. meh kt tgok resepinyer...
Bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur - di pukul manja dan di tapis
1 cwn susu cair
1cwn air suam
1/2 cawan susu pekat manis
esen vanilla (1sk)
Cara
Cara membuat gula hangus - masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam)
ibu guna bekas kecil lebih cepat masak..
selamat mencuba...