Khamis, 10 Ogos 2017

PUDING KASTAD KOKTAIL BERKUAH



Assalamualaikum...
hari ini ibu nk kongsi pulak resepi pencuci mulut kegemaran ibu... sangat sedap dan mudah disediakan...jom ibu tunjukkan resepinyer...

Bahan untuk puding
1 cwn tepung kastard
5 cwn air
1/2 cwn susu cair
1/2 cwn gula

Cara
Satukan tepung kastard bersama gula, susu cair dan air. Gaul semuanya.Masak di atas api sederhana sehingga agak pekat dan kacau sentiasa. Biasanya dlm anggaran 20 minit. Setelah agak pekat, matikan api dan tuang dlm bekas2 kecil atau loyang.Biarkan sejuk sebentar dan simpan dlm peti sejuk. Setelah beku barulah boleh di hidangkan 

Bahan untuk kuah
1 tin mix fruits ( Boleh ganti buah laici, peach dan nanas..)
1 tin susu cair
1 tin air biasa (air masak)
1 cwn gula( terpulang pd masing2 ya..)

Cara
Masak gula bersama air(sekadar gula hancur je..). Setelah itu biarkan sejuk.Setelah air gula sejuk, bolehlah tuang mix fruit dan susu.Ambil puding tadi dan masukkan kedlm mangkuk...tuangkan kuah yg bercampur mix fruit.Sedap di makan ketika sejuk. Boleh juga di letak ketulan ais.

KUIH LIMAS PERAK


Assalamualaikum...
hari ni ibu nk kongsi cara nk masak kuih limas versi orang perak...sebenarnye tempat lain kuih ni dikenali sebagai kuih tepung pelita...tpi yang membezakan kuih tepung pelita dan  kuih limas ialah kuih tepung pelita diperbuat dari tepung beras, manakala kuih limas dari tepung gandum...




Bahan
lapisan bawah
1 1/4 cawan tepung gandum
2 cawan santan cair
1 1/2 cawan jus pandan
3 sudu gula

lapisan atas
3/4 cawan tepung gandum
2 1/2 cawan santan pekat
1/2 sudu teh garam

cara
sediakan acuan kuih terlebih dahulu...cara membuat bekas kuih limas ibu akan ajar nnti..
panaskan pengukus terlebih dahulu
masukkan satu sudu kecil gula ke dalam acuan.. panaskan sebentar dalam pengukus...
sediakan lapisan bawah. campur semua bahan dan tapis supaya tak berketul
masukkan adunan kedalam bekas daun pisang...masukkan separuh bekas sahaja...
kukus dalam 15 minit atau sampai masak..
sementara itu sediakan adunan untuk lapisan atas..
masukkan pula adunan kedua dan kukus sehingga masak..
selamat mencuba!

PUDING ROTI KARAMEL KUKUS



Assalamualaikum...
ibu nk share skit resepi puding kegemaran ayah... suami ibu suka mkn puding ni...tmbh2 bila di mkn sejuk2.. meh kt tgok resepinyer...

Bahan
3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
4 keping roti gardenia
3 biji telur - di pukul manja dan di tapis
1 cwn susu cair
1cwn air suam
1/2 cawan susu pekat manis
esen vanilla (1sk)

Cara
Cara membuat gula hangus - masukkan gula ke dalam kuali, masak hingga gula jd perang (guna api kecil takut hangit). Kemudian masukkan 1 sudu besar air, (berhati2 gula panas). kacau hingga sebati dan matikan api. Tuang terus dalam loyang. Ketepikan.
Panaskan pengukus.Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla. Blend sekejap agar sebati. Tuang adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam)
ibu guna bekas kecil lebih cepat masak..
selamat mencuba...

KUIH KERIA/ GELANG LEMBUT


Assalamualaikum....
hari ni  ibu nk kongsi resepi kuih tradisional yang mudah...kuih ni kat tempat ibu di panggil kuih gelang... namun ramai mengenali kuih ni sebagai kuih keria.... meh kt tgok resepinyer...


Bahan
2 biji ubi keledek putih sederhana besar( di rebus hingga lembut dan lenyek)
satu cawan tepung gandum
garam
4 sudu besar gula
1/2 cawan air

Cara
campurkan ubi yang dah dilenyek dengan tepung gandum..masukkan sedikit garam. gaul sebati..jika sedikit keras masukkan sedikit air..gaul sehingga menjadi doh..
bentukkan bulat2, leperkan sedikit dan buat lubang di tengah..
goreng dan sejukkan..
masak gula dan 1/2 cawan air sehingga gula menjadi pekat dan berbuih2...
masukkan kuih tadi, gaul perlahan...seeloknyer perlahankan api...
gaul smpi gula jadi berketul...
tutup api..sedia untuk di hidang.




Jumaat, 4 Ogos 2017

DONUT LEMBUT GEBU GEBAS

Assalamualaikum...
ramai jugak yg tanya mcm mane ibu buat donut lembut dan tahan lame kelembutannye...ni ibu nk bg resepi untuk rujukan yer...

Bahan:
A
800gram tepung gandum
1 sudu besar baking powder

B
3 sudu besar marjerin
3 sudu besar gula
1/2 sudu kecil garam
I biji telur

C
1 paket yis mauripan 11gram
1/2 cawan air suam
1/2 sudu kecil gula/ 2 sudu besar susu pekat manis..( kalau guna susu pekat manis, kurangkan gula dlm bahan B yer)
1/2 sudu kecil tepung gandum

D
air suam secukupnye

CARA:
campurkan semua bahan C..biarkan seketika sehingga berbuih...
satukan bahan A...kalo rajin boleh ayak..
masukkan bahan B kedalam bahan A dan gaul sebati sehingga menjadi seperti serbuk roti..
masukkan bahan C dan gaul...kemudian masukkan air suam..masuk perlahan2 sambil uli sehingga jadi doh yang lembut..
untuk hasil yang bagus doh sedikit lembik yer...uli sehingga doh dah xmelekat pada bekas..
biarkan doh seketika...tutup dgan kain bersih..bila doh dh naik sekali ganda, uli semula doh...dah buatkan bentuk bulat pada talam atau loyang...
bila doh dah sedikit naik, tekan sedikit untuk bagi sedikit leper dan bole buat lubang di tengah donut..kalo ibu, ibu guna penutup air mineral jer..






Resepi ni jugak sesuai untuk buat burger malaysia...cubalah...!



Khamis, 3 Ogos 2017

KENANGAN AIDILFITRI 2017


Assalamualaikum...
walaupun Aidilfitri dah lma berlalu. tpi ibu ttp nk update gambar2 ank2 ibu beraye...sebabnyer, ini jer gambar yg ibu ade...sori yer ank2 ibu...raye ibu sbuk...

semoga selamat smpi yer anak2 ibu hehe...ni gambar masa beraya umah mak ngah di Tronoh



Anak2 ibu yang paling ibu sayang.....


Anak bujang ibu...semoga jd ank yang taat pada Allah...


Ni jer gambar yg ibu ade...kesian sgatt kat ibu kan... nnti ibu snap gambar byak2...






SELAWAT SHIFA

sumber-google اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَیٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ طِبِّ القُلُوبِ وَدَوَاءِهَا وَعَافِيَۃِ الاَبدَانِ وَشِفَاءِهَا...

Catatan popular